Pasca Covid: Dimanakah Kedudukan Orang Islam di Malaysia?

Pandemik Covid-19 ini merupakan satu petunjuk dan rahmat dari Allah SWT kepada umat manusia di seluruh dunia bagi memberi peringatan kepada mereka-mereka yg lalai supaya kembali kepada jalan Allah SWT. Di Malaysia, virus Covid-19 ini telah memberi pengajaran yang cukup hebat kepada masyarakat muslim supaya mengamalkan kehidupan Islam yakni 'Islam is a way of life'.

Apakah yang sepatutnya dilakukan oleh umat Islam di Malaysia? Apakah peranan kerajaan untuk meningkatkan syiar Islam? Covid-19 telah memberi peluang kepada umat dan kerajaan Islam untuk memperkukuhkan dan mengetengahkan lagi amalan dan budaya Islam di Malaysia. Allah SWT telah memberi peluang kepada umat Islam untuk menegakkan agama Allah SWT dengan lebih agresif.

Kerajaan Malaysia perlu memberikan bantuan segera kepada peniaga-peniaga Muslim samada kecil amahupun besar bagi membantu mereka bangun dari krisis ini. Kerajaan juga perlu memberi insentif dan subsidi kepada bakal peniaga-peniaga Muslim untuk menghasilkan produk-produk halalan toyibban dengan lebih agresif lagi. Umat Islam perlu sedar bahawa Covid-19 ini adalah peluang utk menyuarakan kepada kerajaan supaya Islam perlu diperkukuhkan di Malaysia.

Industri-industri yang kotor dan haram perlu dihapuskan segera demi kesejahteraan dan rahmat tuhan keatas bumi Malaysia. Pemimpin-pemimpin Islam di Malaysia perlu lebih berani menegakkan syiar dan budaya islam dan tidak takut untuk menegakkan agama Allah SWT.

Pada masa kini, pemimpin-pemimpin Islam di Malaysia diam seribu bahasa apabila menyentuh isu-isu yang mempunyai kepentingan kepada Islam kerana takut tidak di undi lagi oleh golongan bukan Islam. Umat Islam perlu sedar bahawa janji Allah SWT itu adalah benar dan pasti. barangsiapa yang menegakkan agama Allah SWT, pintu rezeki akan terbuka seluas-luasnya dan dari jalan yang tidak disangka-sangka.

Industri-industri halal perlu diberikan bantuan secukupnya, mengalakan penghasilan perkhidmatan berteraskan Islam, pembinaan masjid-masjid, surau-surau dan madrasah di setiap pelusuk negeri di Malaysia, menghidupkan suasana Islam di setiap negeri, menjadikan hari Israk dan Mikraj sebagai cuti umum dan sebagainya.

Walaupun umat Islam menghormati hak penduduk bukan islam, tetapi perkara-perkara yang jelas haram yg disebut di dalam Al-Quran seperti judi, arak, babi, zina, riba dan lain-lain tidak boleh dikompromi. Pemimpin-pemimpin Islam perlu mencari alternatif kepada industri-industri haram ini bagi mendapatkan rahmat Allah SWT di bumi Malaysia.

Antara industri-industri yang boleh dipertimbangkan oleh kerajaan adalah industri makanan halal, perkhidmatan berteraskan islam dan sebagainya.

Setiap umat Islam di Malaysia perlu memberi sokongan yang padu terhadap usaha ini kerana ia merupakan kewajipan fardu ain dan kifayah ke atas setiap umat Islam dan dengan cara ini, umat Islam akan lebih maju dan dapat berdiri di atas kaki sendiri sekiranya unsur-unsur luaran menganggu kehiduapan umat Islam.







Comments